Saturday, December 24, 2011

205- Kesakitan Amelia 1

Betul la orang cakap, bila kita sakit hanya true friend yang sentiasa akan ada dengan kita termasuk la keluarga kita sekali. Kalau keluarga pun tak amik kesah, korang pandai2 la fikirkan apa sebenarnya salah korang kat diorang. Apa la. Hahahaha..

Okay. Amy ada keluarga yang lengkap. Maksud nya dalam keluarga terdekat ni ( macam ayah, mak, abang dan adik ) belum ada lagi la yang meninggal dunia. Alhamdulillah, syukur nikmat yang Allah S.W.T. berikan. Yang paling rapat dan sudah meninggal ialah adik saudara amy je. Itu pun sebab jantung berlubang. Eh eh eh, sambung cerita amy. Dalam keluarga amy, yang selalu sakit amy la. Yang sakit kronik dulu ayah dan mak amy. Itu pun Alhamdulillah dah sembuh. Akhir2 ni, amy agak sering sakit. Pening kepala lah, gastrik lah, sakit ini lah, sakit itu lah. Sampaikan dah segan nak mengadu sakit kat orang. Yela, takut orang cakap amy ni manja, tak boleh tahan sakit sikit. Hehe.. Last2 amy belajar pendam sendiri sakit2 amy. Dah bulan ogos or september macam tu baru la sakit amy macam makin teruk. Kejap2 pitam. Kejap2 sakit kepala. Namun, masih pendam sakit amy. Taknak la kecoh2. Sampai la masa cuti sekolah budak jawab PMR.


Hahahahahahahahaha.... Nak tahu apa jadi time cuti tu?? tunggu la post yang seterusnya. Arrivederci. Adios. :)
All you are is MEAN!!!

Friday, December 23, 2011

204- Still KPJ

22.12.2011














Tengok la tu. Gambar tangan kanan amy yang semalam kene cucuk and dimasukkan ubat tahan sakit. Kenapa masuk ubat tu? Ntah la. Nurse tu cakap macam tu. Dia tak explain apa2 pun. Seriously sakit and tak boleh banyak gerakkan tangan kanan.

Semalam lepas masuk wad, nurse just hantar makanan then check blood pressure. Lepas tu nurse cucuk benda pink tu la ( refer gambar di atas ). Then dia suruh rest je. Tengok tv, dengar radio, baca komik. Tu je la kerja amy. Lepas tu tido. Makcik yang satu bilik dengan amy dengar2 cerita macam kene demam denggi. Jap, demam denggi tak berjangkit kan?

Hari ni pagi2 lagi dah bangun since nurse dah cakap malam tadi yang pagi ni dalam pukul 6 nurse nak datang amik darah untuk di test. Nurse yang pertama datang, dia test dua2 belah lengan. Tapi agak nya dia tak jumpa urat amy, dia pun minta diri kejap. Katanya nanti ada nurse lain datang. Nurse yang lagi satu tu datang, kejap je dia buat. Agak nya dia dah expert kot. Then pukul 8:30, nurse datang bawa amy pergi tempat buat MRI. Satu jam lebih kene baring, tak boleh gerak langsung. Lepas MRI, buat ultrasound. Macam yang ibu2 mengandung check baby tu. Tapi beza nya amy check perut, hati, hempedu dan rahim. Doktor tu cakap perut amy gastrik je and hempedu amy nampak macam besar sikit. Yang lain okay je.

Then, rehat kejap dalam bilik. Lepas tu buat EEG pula. Yang tu untuk check brain activity. Nurse tu cakap mana tau tetiba sebenarnya kita ada sawan tapi tak perasan. Satu jam lebih jugak spend time kat bilik EEG kat tingkat 6. Ada 25 wayar yang dilekatkan kat leher hingga ke kepala amy. Semua tu disambung ke komputer. Amy tak sedar pape pun sebab nurse tu suruh tido je. Sedar2 nurse tu tengah tanggal kan wayar2 tu. Habis je semua tu balik ke bilik. Makan tengah hari. Lapar sangat2 sebab dari pukul 12 tengah malam semalam kene start puasa. Lepas lunch pun kene sambung puasa. Nurse cakap doktor Sozie nak buat skop. Sebab tu kene puasa. Jangan tanya apa tu skop. Amy tak tau langsung. Amy ni tengah tunggu nurse datang la amik amy. Korang  rasa skop tu macam mana ye? Seram la. Haish.. Yang amy tau, kat sini best sebab wifi free. Yang lain tak best. Takde privacy langsung. Hmm.. okay la. Nak rehat kan tangan. Tangan kanan ni tak boleh banyak gerak. Tube kat dalam benda pink ni dah macam ada banyak darah je. Seram pula melihat nya. Doakan amy cepat sembuh k. LOVE!!!

Thursday, December 22, 2011

203

Okay, saya sekarang sedang meng'update blog saya di dalam wad hospital KPJ, Kajang. Currently di atas katil yang bercadar pink dan dinding bercat oren. Sejuk. Makanan dah sampai untuk dinner. Awal kan. Baru pukul 6.

Hahahahahahahaha.... Okay, mengarut nya amy. Tapi betul la. Sikit pun amy tak tipu. Amy memang ada kat wad 305-B. Tv kat sini berfungsi tapi takde suara. Heh, ada berita buruk. Akak nurse yang lawa tu cakap amy kene cucuk jarum kat tangan. Mksd dia yang macam dalam cerita2 melayu tu yang ada wire ke tangan tu ke? alahai, sakit tu. Doktor Suzie suspect amy migrain je. tak kan la kene cucuk sana cucuk sini. hmm.. okay. teruk3

Monday, December 19, 2011

202 - Wahai perempuan!!

Sila baca info ini tentang PEREMPUAN!!!!

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari   sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Di nasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNYA .

201 - XANDER!! :))

click utk tumbesaran :))




















Siapa kenal artis ni?? Hahaha... Tak tau?? Meh sini amy memperkenalkan dia. Huahuahua... Nama dia Alexander Lee Eusebio (알렉산더). Former member group U-kiss. Lahir July 29, 1988 kat Macau. The best part is he is the idol who can speak 7 languages: Japanese, Spanish, Korean, English, Cantonese, Mandarin and Portuguese. Okay, cukup la basic info pasal dia kan.


Now, kenapa amy cite pasal orang korea ni tiba2? Amy dah minat dia ke? Dah tergila-gila kan dia ke? Or dia dah jadi boyfriend amy? Hahahahaha...jkjk. Mana boleh amik dia jadi boyfriend amy. Nanti Alin marah. Tak nak kene sembelih free je. Haha.. Cerita dia macam ni sebenarnya. Jumaat yang lalu, lepas ayah balik dari solat Jumaat kitorang satu family buat rombongan mak cik zenab pergi ofis mak. Biasa la kat bank kan, busy semacam. My mom nama je Branch Manager tapi dia sendiri buat kerja Teller, PFC and macam2 lagi la. Pelik gak, yang pekerja2 kat ofis mak amy tu kerjanya datang pagi2 pukul 8:45 and balik tepat pukul 5. Macam takde kerja lain je. Pastu my mom jugak la yang datang ofis sabtu ahad just nak siap kan kerja2 tertunggak diorang. Haiyo, kalian ni macam2 la. 


Okay3, sambung cerita. Time kat ofis tu my mom cakap dia ada dapat tiket concert k-pop. Hahahahaha... melompat terus dari kerusi. :)) Saya minat korean pop okay. hehe.. Punya la excited sampai berangan macam2. Then my mom bagitau my aunt akan bawak kitorg ramai2 pergi tengok showcase (its not real concert) artis korea. Hahaha.. And then I know that the performer is XANDER!!! Hahahahahahahaha... Okay, saya tak minat dia sangat. Even kenal pun tak. haha.. 


Bila dah sampai sana, tengok dia perform LIVE with dancers and semua tu awesome sangat. Cuma MC dia banyak cakap Cina dari cakap Eng padahal Xander boleh cakap bahasa English fluently. Mengada2 betul la MC dia ni. Pastu yang paling menggeramkan bila orang yang berdiri kat depan tak paham2 sendiri. Boleh pulak angkat tinggi2 kad yang diorang buat untuk Xander dan menghalang orang belakang nak tengok. Teringin je nak campak batu kat kepala orang tu. Haish. Tapi takpe. Saya masih boleh bersabar. Hahaha... Seriously, dia peramah sangat2. Cute pulak tu. Hehe.. Since it is a showcase, so kitorang dibenarkan pergi minta tandatangan and tengok muka dia depan2. Seriously, nampak natural. Kesian Xander, berpeluh2. Dah la hampir 1000 orang beratur. Rasanya dia tandatangan semua orang punya calander n cd. Hahaha... Seriously, dia cute. :)) 


Okay, saya akan download semua lagu dia. @.@

Saturday, December 17, 2011

200 - Hahahaha....

Amelia suka Nazrul :)))













Okay, amy baru je kene cabar. Tapi tak pe la. Amy buat je. hehehe... <3

199 - MV ( ML + Na )

Huhuhu.... dah tukar blog title. Setelah lama berfikir nama yang sesuai, akhir ny letak equation je la. Dah tak de idea langsung.


By the way, dah tau dah kelas untuk next year. Amy masuk 5 cendekia. Huh, berat nya beban yang kene pikul kat bahu. Haish.
Tengok tu, punya la berat mengeluh nya. Siap dah atur plan macam mana nak pujuk cikgu untuk tukar kan kelas amy ke wib. Hahaha... Tapi bila di fikir2 kan semula, tak logik la buat macam tu. Macam yang amy cakap kat dua orang best friend amy, kali ni amy accept cabaran yang cikgu bagi. Cikgu letak amy kat Cendekia, okay Amy terima. Amy akan anggap semua ni as satu ujian kecil sebelum keluar dari dunia sekolah and masuk ke dunia realiti. Just satu ujian kecil yang mungkin akan mengubah hidup amy sendiri sepenuh nya. Moga2 ia membawa kebaikan kepada diri amy sendiri. Dan moga ia akan punya kenangan tersendiri sebagaimana tahun2 sebelumnya.

Lately ni amy terperasan sendiri. kalau dulu sejak tingkatan dua lagi amy senantiasa nak masuk kelas pertama. Dari dulu lagi amy pandang tinggi sangat pelajar2 kelas atasan ni. Bila berbual dengan diorang, rasa diri ni kecil sangat2 padahal diri ni sebesar2 manusia. Hahaha... Sekarang ni pula bila kawan2 hantar text, chat n wish goodluck n congrats sebab dah jadi one of the students in the top class, rasa janggal la pula. hehe... *mengada2.

Okay, amy sekarang tertarik dengan phone2 keluaran Samsung. hahaha... Ni tengah membodek ayah la ni untuk belikan amy Samsung Galaxy S2. Tapi rasa nya amy kene teruskan barmimpi. Haiyoo.... :(