Showing posts with label amelia. Show all posts
Showing posts with label amelia. Show all posts

Sunday, July 01, 2012

214- Habit??

HABIT!!! 












Habit ha? Okay la, amy nak cerita pasal habit amy yang baru dikenalpasti oleh ayah amy sendiri. Haish.. 
Ceritanya macam ni, petang tadi time on the way nak balik dari Salak Tinggi, ayah amy tetiba cakap

Ayah: Mia ni ada tabiat pelik tau.
Amy: Eh, kenapa lak?
Ayah: Ayah perasan mia selalu tepuk tangan bila time makan.
Amy: Mana ada la ^^);;
Ayah: Sudah la, ayah kenal sangat mia. Hahahahaha...

Hmm... Mula2 memang la deny. Tapi time dinner tadi rupanya memang betul. Tetiba je tangan amy tepuk lak . Hahaha... Involuntary action la kan?? Hahahaha... 

Goodnight  굿나잇, 친애하는
 

Friday, June 22, 2012

212- Brother Complex

Apa tu brother complex?? Hmm... Macam mana nak terangkan eh?? Rasanya tak salah amy brother complex tu macam istilah untuk orang yang sangat fanatic terhadap adik sendiri. Amy pernah baca kat satu komik tu tapi istilah dia lain. Seingat amy BrotherDotCom. Yang brother complex tu Zira yang bagi tau. Oh okay, apa kaitan brother complex ni dengan amy kan? Jujur amy rasa amy ni one of the golongan yang boleh jugak digelar brother complex. Sebabnya?? Amy ada sorang adik ni. Since bukan selalu dapat jumpa and dah lama sangat3 dah tak jumpa, hari rabu lepas dia datang pagi untuk koko. Tapi sayangnya tak dapat jumpa dia pun. Tapi3 hari khamis dapat jumpa and borak kejap. So ada hikmahnya datang sekolah lambat sikit. Hahahaha.... Then time sej pun dapat jumpa dia lagi. Dia datang kelas. And since amy jumpa dia balik ni, amy keep on cakap kat zira pasal dia. Hmm... Amy dah mengaku kat semua orang yang dia tu adik amy. Nama dia?? Azizul Haikal :D. Nanti bila ada masa amy post gambar dia k. Till then, take care chingu-ah.

211

Sejak dah ada unifi kat rumah ni, memang tak lekang amy ni dari laptop or iphone or tablet. Buat karangan pun sekarang semua cari info kat internet. And3, memang asyik tido lewat je. Sungguh dah takde kerja. Tapi amy tau Zira lagi suka amy macam ni kot. Sebabnya?? Senang je. Sebab lately ni amy mengalami banyak sangat masalah sehingga kan mengganggu fokus amy terhadap beberapa perkara. Setakat ini internet mampu mengalihkan fokus amy dari masalah kepada perkara yang baru. Masalah apa?? Rasanya lebih baik amy simpan semua tu dalam kenangan. Cukup menyeksakan tetapi amy sedar semua ni bakal ada hikmahnya. Setakat ni amy tak menyesal. Amy pasrah.

Wednesday, January 25, 2012

209 - 19 keistimewaan wanita menurut hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT





... *credits. :))

207 - I am...

I'm not angry bcoz we broke up,
I'm sad bcoz I can't let you go..
I'm not angry a
t you for not loving me,
I'm angry with me for still loving you..
I'm not angry that I lost you,
I'm sad bcoz I once had you..
I'm not angry that I can't have you,
I'm sad bcoz I know what I'm missing..
I'm not angry that you've moved on,
I'm sad bcoz I can't..
I'm not angry that you won't come back,
I'm sad bcoz I keep hoping you will..
I'm not angry bcoz I hate you and don't want to,
I'm sad bcoz I miss you and I love you.. :'(





Boleh tak kita jadi kawan??? Kawan je pun tak pe la. 



*credits :)

Monday, January 23, 2012

206 - Betapa Berharganya Seorang Wanita-

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."





***full credits untuk blog orang yang amy copy info ni :)) 

Saturday, December 24, 2011

205- Kesakitan Amelia 1

Betul la orang cakap, bila kita sakit hanya true friend yang sentiasa akan ada dengan kita termasuk la keluarga kita sekali. Kalau keluarga pun tak amik kesah, korang pandai2 la fikirkan apa sebenarnya salah korang kat diorang. Apa la. Hahahaha..

Okay. Amy ada keluarga yang lengkap. Maksud nya dalam keluarga terdekat ni ( macam ayah, mak, abang dan adik ) belum ada lagi la yang meninggal dunia. Alhamdulillah, syukur nikmat yang Allah S.W.T. berikan. Yang paling rapat dan sudah meninggal ialah adik saudara amy je. Itu pun sebab jantung berlubang. Eh eh eh, sambung cerita amy. Dalam keluarga amy, yang selalu sakit amy la. Yang sakit kronik dulu ayah dan mak amy. Itu pun Alhamdulillah dah sembuh. Akhir2 ni, amy agak sering sakit. Pening kepala lah, gastrik lah, sakit ini lah, sakit itu lah. Sampaikan dah segan nak mengadu sakit kat orang. Yela, takut orang cakap amy ni manja, tak boleh tahan sakit sikit. Hehe.. Last2 amy belajar pendam sendiri sakit2 amy. Dah bulan ogos or september macam tu baru la sakit amy macam makin teruk. Kejap2 pitam. Kejap2 sakit kepala. Namun, masih pendam sakit amy. Taknak la kecoh2. Sampai la masa cuti sekolah budak jawab PMR.


Hahahahahahahahaha.... Nak tahu apa jadi time cuti tu?? tunggu la post yang seterusnya. Arrivederci. Adios. :)

Friday, December 23, 2011

204- Still KPJ

22.12.2011














Tengok la tu. Gambar tangan kanan amy yang semalam kene cucuk and dimasukkan ubat tahan sakit. Kenapa masuk ubat tu? Ntah la. Nurse tu cakap macam tu. Dia tak explain apa2 pun. Seriously sakit and tak boleh banyak gerakkan tangan kanan.

Semalam lepas masuk wad, nurse just hantar makanan then check blood pressure. Lepas tu nurse cucuk benda pink tu la ( refer gambar di atas ). Then dia suruh rest je. Tengok tv, dengar radio, baca komik. Tu je la kerja amy. Lepas tu tido. Makcik yang satu bilik dengan amy dengar2 cerita macam kene demam denggi. Jap, demam denggi tak berjangkit kan?

Hari ni pagi2 lagi dah bangun since nurse dah cakap malam tadi yang pagi ni dalam pukul 6 nurse nak datang amik darah untuk di test. Nurse yang pertama datang, dia test dua2 belah lengan. Tapi agak nya dia tak jumpa urat amy, dia pun minta diri kejap. Katanya nanti ada nurse lain datang. Nurse yang lagi satu tu datang, kejap je dia buat. Agak nya dia dah expert kot. Then pukul 8:30, nurse datang bawa amy pergi tempat buat MRI. Satu jam lebih kene baring, tak boleh gerak langsung. Lepas MRI, buat ultrasound. Macam yang ibu2 mengandung check baby tu. Tapi beza nya amy check perut, hati, hempedu dan rahim. Doktor tu cakap perut amy gastrik je and hempedu amy nampak macam besar sikit. Yang lain okay je.

Then, rehat kejap dalam bilik. Lepas tu buat EEG pula. Yang tu untuk check brain activity. Nurse tu cakap mana tau tetiba sebenarnya kita ada sawan tapi tak perasan. Satu jam lebih jugak spend time kat bilik EEG kat tingkat 6. Ada 25 wayar yang dilekatkan kat leher hingga ke kepala amy. Semua tu disambung ke komputer. Amy tak sedar pape pun sebab nurse tu suruh tido je. Sedar2 nurse tu tengah tanggal kan wayar2 tu. Habis je semua tu balik ke bilik. Makan tengah hari. Lapar sangat2 sebab dari pukul 12 tengah malam semalam kene start puasa. Lepas lunch pun kene sambung puasa. Nurse cakap doktor Sozie nak buat skop. Sebab tu kene puasa. Jangan tanya apa tu skop. Amy tak tau langsung. Amy ni tengah tunggu nurse datang la amik amy. Korang  rasa skop tu macam mana ye? Seram la. Haish.. Yang amy tau, kat sini best sebab wifi free. Yang lain tak best. Takde privacy langsung. Hmm.. okay la. Nak rehat kan tangan. Tangan kanan ni tak boleh banyak gerak. Tube kat dalam benda pink ni dah macam ada banyak darah je. Seram pula melihat nya. Doakan amy cepat sembuh k. LOVE!!!

Thursday, December 22, 2011

203

Okay, saya sekarang sedang meng'update blog saya di dalam wad hospital KPJ, Kajang. Currently di atas katil yang bercadar pink dan dinding bercat oren. Sejuk. Makanan dah sampai untuk dinner. Awal kan. Baru pukul 6.

Hahahahahahahaha.... Okay, mengarut nya amy. Tapi betul la. Sikit pun amy tak tipu. Amy memang ada kat wad 305-B. Tv kat sini berfungsi tapi takde suara. Heh, ada berita buruk. Akak nurse yang lawa tu cakap amy kene cucuk jarum kat tangan. Mksd dia yang macam dalam cerita2 melayu tu yang ada wire ke tangan tu ke? alahai, sakit tu. Doktor Suzie suspect amy migrain je. tak kan la kene cucuk sana cucuk sini. hmm.. okay. teruk3

Saturday, December 17, 2011

200 - Hahahaha....

Amelia suka Nazrul :)))













Okay, amy baru je kene cabar. Tapi tak pe la. Amy buat je. hehehe... <3

Sunday, August 07, 2011

181 - suasana kampung.

          Currently kat rumah wan (nenek). Dua hari duduk sini. Lari kejap dari kesibukan bandar. Kat ruang tamu rumah wan ni dah macam starbuck je. Why? Sebab semalam yang tak berapa nak muda duduk satu tempat minum kopi then tengok tv. Yang sememangnya muda ni on laptop, pasang earphone then online. Online guna internet uncle lak tu. WiFi tak salah amy. Haha... Kat area sini tak de lagi Unifi. Ada pun tahun depan. Bila ada je uncle cakap nanti uncle terus pasang. So imagine, tak lama lagi makin banyak la laptop yang on 24 hours kat rumah ni. Hahaha..

          Kalau dulu balik rumah wan, jumpa wan jumpa atok then pergi letak beg dalam bilik. Lepas tu pergi keluar main2 dengan jiran tak kira la umur berapa & tak kira pukul berapa. Yang gadis2 macam amy ni naik atas, buat kerja rumah, baca buku. Bila time masak, turun la dapur, masak. Yang ibu2, duduk satu meja, berbual sesama sendiri sambil keluar kan kertas2 kerja yang perlu di settle kan. Para ayah lak tengok tv je. Yang jejaka (ada sorang je jejaka dalam family ni), tengok tv join ayah2 la. Best nya time dulu. Terasa nikmat dikampung. Sejak masing2 dah membesar, kesibukan bertimbun, berkomunikasi pun dah kurang. Duduk sebelah2 pun bukan nya cakap tapi chatting. hahaah...

          Kat kampung sekarang dah maju. Orang kampung pun rumah batu. TV LCD. Ada 2 astro (rumah amy tak de astro). Siap Xbox. Siap home theater. Peti ais ada 2. Masuk dalam rumah, suasana macam rumah dalam majalah Anjung tu. Penghuni dia punya phone blacberry & iPhone. Tempat shopping KLCC je. Baju mahal2. Haiya... hahaha.....

          Kampung sekarang dah lain. Dah tak de dah suasana orang naik motor pergi surau, naik basikal pergi kedai, budak2 main kejar2 kat jalan, ayah2 duduk kat kedai kopi borak2.  haha... Ada lagi ke suasana macam tu lagi kat negara ni? kalau ada teringin sangat amy nak pergi. haha... kampung amy tak macam ni. Tak de la 100&ly kampung.